Thursday, October 15, 2009
SeKaRanG MaSa unTuK BeRkHidMAt...
Kemenangan Besar Barisan Nasional di PRK Bagan Pinang amat bertepatan dengan masa apabila mulai dari detik ini Pakatan Pembangkang perlu berhenti dari banyak bercakap...Mereka ini dilihat telur sebiji riuh sekampung..baru dapat kuasa dah hentam orang macam2..Itulah pengajaran supaya jangan pandai nak kata orang jek...Bila BN menang di Bagan Pinang, macam2 ayat pedas keluar dari pemimpin pembangkang ini...kata rakyat tak reti pilih antara pemimpin berkualiti lah, BN bagi beras percuma kata lak BN gagal basmi kemiskinan la.. Orang bagi salah,orang tak bagi pun salah...Dah la muhasabah lah diri..Kalau cakap diri tu macam alim ulama sangat gunakan lah ajaran agama Islam yang sebenar.. Bercakap benarlah.. Rakyat sudah semakin bosan...Perubahan di kawasan pembangkang takda jugak..Yang ada hari2 dengar kutuk pemimpin BN..UMNO dikutuk konon tak bagus la..sebelum kutuk orang lain tengok diri sendiri dulu.. Bila dia menang bukan main lagi, rakyat bijak memilih la..tapi bila dah kalah macam2 cakap...Jangan haraplah nak lihat UMNO berkubur..Kami takkan biarkan... JaDi uNtuk itu sementara Allah masih benarkan Pakatan Pembangkang ini untuk berkhidmat jagalah kwasan tu baik2 sebelum BN kembali mengambil di PRU13... Muaklah tgk Pakatan Pembangkang ni asik dok kutuk orang jek..Keje takda jugak...Negara Kebajikan konon, jaga negeri pun tak larat lagi mau jaga negara...Matang lah dulu dalam berpolitik ok...
Monday, March 30, 2009
BERSAMA KITA BERIKAN SAF YANG PADU KEPADA NAJIB
”Berikan saya saf yang padu” itulah bait ucapan Dato Seri Najib Tun Razak kepada barisan ahli UMNO pada Perhimpunan Agong UMNO. Pada perhimpunan yang lepas ianya memberikan kita seribu makna dan juga memohon seribu pengertian daripada semua orang melayu supaya bangun bersatu dengan mengetepikan perbezaan pegangan untuk bersama-sama Dato Seri Najib Tun Razak untuk bersama-sama beliau bagi membangunkan bangsa Melayu dan juga membangunkan negara ini. Sepatutnya sebagai orang Melayu setiap dari ucapan dari setiap perwakilan itu dijadikan renungan pada kita bahawa masih ada pemimpin kita yang sanggup meredah onak duri,merelakan diri mereka dihina oleh bangsanya sendiri bagi memastikan bangsanya unggul di mata dunia.. Bukan satu jalan yang mudah bagi memastikan semuanya berjalan dengan baik tanpa ada kutukan dari orang ramai.. Sekarang sudah tiba masanya kita pula sebagai orang melayu menunjukkan kesetiaan kita dan usaha kita kepada bakal Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak yang bakal menggantikan Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.Melihat kepada lakaran sejarah yang dibina pada Perhimpunan UMNO pada kali ini dengan kehadiran Tun Dr Mahathir dan penyertaan kembali beliau di dalam UMNO tidak perlu dijadikan alasan lagi kepada ahli UMNO dan seluruh melayu serta rakyat Malaysia untuk kembali memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Yang pasti kembalinya Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO diharapkan mampu menarik kembali orang-orang muda yang menjadikan Tun Dr Mahathir sebagai idola mereka serta bersama-sama UMNO untuk mengukuhkan parti..Ini adalah yang amat diharapkan.. Bermula dari saat dan ketika ini juga ahli UMNO perlu menginsafkan diri dan merenung kembali apa yang perlu dibuat bagi mengukuhkan kembali parti setelah ianya dilihat seperti ditolak golongan muda pada masa kini. Dengarilah suara mereka,hargailah pendapat mereka kerana bukan semua pendapat mereka itu tidak boleh diterima.. Kembalilah juga mendekati rakyat sepertimana janji yang pernah diberikan kepada rakyat semasa pilihanraya dahulu. Perkukuhkanlah apa yang sudah longgar dan kuatkanlah ia. Dengan bersatunya Negarawan kita iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Dato Seri Najib Tun Razak sepatutnya menjadikan contoh kepada kita sebagai rakyat dan juga orang melayu supaya bersatu sepertimana mereka. Tukarlah sifat tidur satu bantal tetapi mimpi kita berlainan kepada tidur berlainan bantal tetapi mimpi kita adalah sama. Itu lebih baik untuk kita orang melayu. Kepada Dato Seri Najib Tun Razak, sokongan dari kami akan terus kami berikan sepertimana kami setia kepada Perdana Menteri yang sebelumnya, walaupun kami lahir pada era Tun Dr Mahathir, tetapi sokogan kami tetap sama kepada Dato Seri Abdullah mahupun Dato Seri Najib.. Kami pohon kekuatan Dato Seri Najib dalam memastikan kelangsungan ketuanan melayu di bumi Malaysia ini, kami juga pohon sokongan dari kaum Cina dan India bagi bersama-sama bersatu menyokong Dato Seri Najib kerana percayalah setelah hampir 52 tahun kita merdeka belum pernah lagi kaum lain disisihkan di dalam bumi Malaysia kita ini. Malah semua telah kita rasakan bersama. Kepada rakyat Malaysia sudah tiba masanya kita buktikan kita mampu berbakti kepada negara dengan membuktikan kita menghayati setiap dari perkara yang terkandung di dalam Rukun Negara.. Walaupun hadir seorang pemimpin yang terhebat sekalipun,tiada maknanya seandainya rakyat sendiri tidak mahu berubah dan bersama-sama menyumbang kepada negara. Mari kita berikan saf yang padu kepada Dato Seri Najib bakal Perdana Menteri kita yang ke 6 kita.. Ketepikan perbezaan fahaman antara kita,marilah kita bersatu di bawah satu barisan.

Subscribe to:
Posts (Atom)